Thursday, August 1, 2024

Tamatkan Segera Generasi Berhutang

Ulasan ebook oleh Norhafizah Madzlan 


'Kita mahu tamatkan segera generasi berhutang'


Itu ayat pertama yang zuqqqq tertusuk ke hati di awal ebook ini. Kenapa? 


Sebab saya sendiri tak menyesal sebab tak usung anak-anak ke kitaran yang sama dengan apa yang telah saya lalui. 


'Hidup anak-anak hanya tahu perkataan khidmat, sedekah, infaq, zakat dan wakaf'


Dan ayat ini, bagai peringatan berulang supaya kami terus tanam benda ni pada anak-anak tak kira di level mana pun kewangan mereka kelak. Hutang jangan sesekali... 


Kalau boleh, tak mahu lagi dah ulang kitaran yang seperti di bawah : 


+ Nak belajar - ambil hutang

+ Nak kerja, perlu kereta - beli secara hutang

+ Nak kahwin, untuk majlis - hutang

+ Dah kahwin, perlu rumah - beli hutang

+ Bila dah mula hidup, rasa tak cukup nak tampung perbelanjaan hidup, nak buat bisnes - hutang

+ Even nak beli phone, alatan dapur, perabot DLL - ambil dulu bayar kemudian- hutang


Mungkin ini terkecuali untuk orang yang pandai manage, yang meskipun berhutang tapi boleh bayar dengan baik... Untuk anda yang begini, tak apa. Saya kagum dengan pandainya kalian atur kewangan begitu. Alhamdulillah, tumpang bahagia kalian... 


Tapi untuk yang dah melalui kesilapan seperti saya, memang saya galakkan sangat anak muda supaya keluar dari kitaran ini. 


Ebook ini, sangat membuka minda. Bila anda buka minda anda, lapangkan juga jiwa untuk mula berubah. Tiada faedahnya membaca jika masih mahu amal kebiasaan lama. 

"Surround yourself with people who challenge you, teach you, anda push you to be best self."

-Bill Gates-


Satu lagi ulasan pembaca oleh Sakinah Yahya.


Mustahil hidup zaman sekarang jika tak berhutang, betul tak? Semuanya perlukan duit, pitih, fulus, riyal yang besar jumlahnya. 


Peluang sambung belajar, beli rumah, beli kereta, beli alatan rumah, berumah tangga semua nampak cerah dengan berhutang.


Semua telah dipermudahkan dengan sebuah keistimewaan dinamakan hutang. Namun, hutang demi hutang, akhirnya hidup rasa terbeban. Inilah sistem masakini dan kaki kita terikat dan jasad, malah akal kita terperangkap dengan sistem berhutang.


Niat penulis ebook iaitu Puan Masayu Ahmad  , tidak lain, tidak bukan, adalah untuk menghapuskan generasi berhutang.


Dalam bab pertama, penulis membawa kita menelusuri kehidupan generasi terdahulu yang tidak terpalit dengan raksasa hutang yang membawa bankrupsi. Walaupun tidak sampai ke menara gading sekalipun, namun mereka berjaya membeli sebidang atau berbidang tanah buat bekal, temat berlindung keturunannya.


Bezanya kita dan mereka dahulu, ada disebutkan di dalam ebook ini. Diceritakan rahsia bagaimana sudut kewangan mereka itu berjaya. Natijahnya, hidup mereka tenang. Tenang tanpa hutang!


Dikongsikan secara bersahaja


dan santai, pelbagai tips supaya kita bebas hutang. Semuanya praktikal dan sangat 'doable'. 


Tipsnya dalam Bahagian Kedua pula menjurus kepada praktikaliti mengurus hutang dengan rumah sebagai alatnya. Cara-cara yang dikongsikan secara jelas dan dapat menjana wang sekaligus membebaskan kita dari hutang.


 Antara yang menarik hati adalah  alternatif pemilikan rumah kebun! Wow, tidak terlintas sebab boleh bebas hutang dengan pendekatan berumah kebun. 


Secara personalnya, penulisan yang tersusun dan padat.Langkah demi langkah yang mudah difahami.


 Ebook ini akan dapat bertindak sebagai 'pengurus', 'rakan penasihat' malah 'bodyguard' dalam agenda melupuskan hutang kita semua. Jom, tenang Dan bebas hutang bersama-sama! Bismillahirahmanirrahim!



Ebook: Tenang Tanpa Hutang.

Ulasan oleh: Norhafizah Madzlan.

Sunday, December 17, 2023

Tenang Bebas Hutang


Dalam buku tulisan Zaidi Ismail bertajuk ‘Forensik Kewangan’, beliau menulis tentang gaya hidup. Kos meniru gaya hidup adalah mahal. Apabila mahal ia adalah senarai panjang dalam isu kewangan dan bebanan perbelanjaan. Kos gaya hidup tanpa sedar kereta perlu ada dua, memilih kereta kemahuan bukan kereta mampu milik. Membeli rumah kemahuan bukan rumah mengikut poket dan bajet.

Makan di lokasi viral, kos perbelanjaan untuk hiburan telah mengambil sebahagian bajet isi rumah. Jangan malu untuk hidup sederhana, tetapi malu hidup bergaya kerana mahu mempertahankan imej biar berhutang asal gaya tetap ada.

Mengapa kehidupan masyarakat sekarang kelihatan nampak gah tetapi ‘kosong’. Gambaran kemewahan dan serba serbi ada tidaklah menunjukkan kenyataan hidup yang sebenar. 

Ramai yang terperangkap dengan ‘sistem hutang’ tanpa disedari. Maka, jadilah setiap hari hanya bangun bertujuan melunaskan gaya hidup berhutang.

Orang lama waima belajar tidak tinggi tetapi ilmu benar benar dipraktikkan. Apa guna rumah yang gah besar tetapi semuanya hutang. Orang lama tidak menonjol tidak mengapa, tetapi tidak ada hutang.

Tidak nampak gah tetapi hidup lapang dan tenang. Inilah yang dikatakan keberkatan. Sunyi jauh di pedalaman, mandiri dengan kehidupan bersama alam.

Tanda sudah terperangkap dengan sistem apabila banyaknya keperluan yang perlu dilunaskan sehingga berada dalam kitaran ‘bekerja untuk melunaskan hutang’. Perasaan tidak ada hutang sangat aman dan tenang. Perlu diusahakan dan tamatkan dengan segera generasi berhutang.

Ebook Tenang Tanpa Hutang merangkumi 2 bahagian dan mengandungi 9 bab.

HIDUP TENANG TANPA TANPA HUTANG

SENARAI BAB

BAHAGIAN 1:

BAB 1: HIDUP TENANG BEBAS HUTANG

BAB 2: TERPERANGKAP DENGAN SISTEM

BAB 3: AGENSI KAUNSELING & PENGURUSAN KREDIT (AKPK)

BAB 4: YEAY. BEBAS HUTANG!


BAHAGIAN 2:

BAB 5: RUMAH CASH ATAU LOAN

BAB 6: RUMAH KEDIAMAN, PELABURAN ATAU PERSARAAN?

BAB 7: BUAT DUIT DENGAN RUMAH

BAB 8: RUMAH BEBAS HUTANG


Dalam "Hidup Tenang Bebas Hutang," Puan Masayu Ahmad mengembangkan tema yang diperkenalkan dalam karya sebelumnya iaitu "Surirumah Zero Hutang," dengan tujuan mengakhiri kitaran hutang. 

E-book ini merupakan panduan menyeluruh bagi mencapai kebebasan kewangan dan hidup tanpa hooting, dan menjadi rujukan penting bagi sesiapa sahaja yang berjuang dengan beban kewangan atau ingin mengelakkannya sedari awal.

Salah satu idea utama yang dipersembahkan adalah penekanan pada hidup mengikut kemampuan sendiri dan mengelakkan perangkap konsumerisme dan inflasi gaya hidup. 

Penulis membincangkan kos tinggi dalam meniru gaya hidup orang lain, menunjukkan bagaimana usaha tersebut boleh membawa kepada senarai panjang masalah kewangan dan beban hutang​​. Perspektif ini menyegarkan dan sangat diperlukan dalam masyarakat hari ini, di mana media sosial sering mendorong budaya berlebihan dan melampau.

E-Book ini juga menjelajahi pelbagai tahap kehidupan, daripada aspek pendidikan sehingga perkahwinan, dan bagaimana segala cabang kehidupan ini dapat dihadapi tanpa terjebak dalam hutang​​. 

Misalnya, konsep "Perkahwinan Tanpa Hutang" mengilustrasikan bagaimana perubahan masyarakat, seperti yang dilihat semasa pandemik COVID-19, boleh membawa kepada praktik yang lebih baik secara kewangan dalam acara kehidupan yang secara tradisional dikaitkan dengan pengeluaran tinggi.

Dari segi nasihat praktikal, e-book ini menawarkan beberapa strategi. Ia menggalakkan memulakan perniagaan dengan modal minimum dan bukan bergantung pada pinjaman, sehingga mengurangkan risiko tekanan kewangan​​. 

Selain itu, ia membahas komitmen kewangan yang signifikan terhadap pemilikan rumah, mencadangkan cara-cara untuk menjadikan rumah sebagai aset yang menghasilkan pendapatan, dan strategi untuk memiliki rumah tanpa hutang​​.

Kekuatan e-book ini terletak pada pendekatannya yang holistik terhadap kewangan peribadi, meliputi pelbagai aspek seperti perancangan persaraan, kepentingan dana kecemasan, dan keperluan pendapatan aktif dan pasif​​. 

Prinsip minimalis dan pengurusan kewangan peribadi juga ditekankan, menganjurkan gaya hidup yang mengutamakan keperluan daripada keinginan​​.

Namun, pemerhatian penulis tentang pemikiran di sebalik hutang adalah yang paling mendalam. Beliau menyorot bagaimana kurangnya disiplin kewangan, ketidakmampuan untuk menangguhkan kepuasan, dan pengaruh tekanan masyarakat sering membawa individu ke dalam "perangkap" hutang​​. Ini dilengkapkan dengan perbincangan mengenai faktor sistemik yang menjebak rumah tangga dalam kitaran hutang. E-book ini juga menawarkan pandangan kritis terhadap struktur masyarakat yang memperkukuh ketidakstabilan kewangan​​.

Penyertaan contoh-contoh kehidupan nyata, seperti kisah Atuk D dan Atuk S, menambah sentuhan yang relevan, menggambarkan aplikasi praktikal prinsip e-book ini​​. 

Selain itu, e-book ini turut menyentuh cabaran yang dihadapi oleh generasi muda dalam iklim ekonomi masa kini, yang sangat dipengaruhi oleh media sosial dan penampilan luar​​.

Kesimpulannya, "Hidup Tenang Bebas Hutang" adalah sumber yang sangat bernilai bagi sesiapa yang mencari kestabilan dan kemandirian kewangan. Pendekatan komprehensifnya, strategi praktikal, dan fokus pada tanggungjawab individu serta cabaran sistemik menjadikannya bacaan wajib bagi mereka yang ingin mengemudi perjalanan kewangan mereka dengan bijak.


'Kita mahu tamatkan segera generasi berhutang'
Itu ayat pertama yang zuqqq tertusuk ke hati di awal ebook ini. 
Kenapa? 
Saya sendiri tidak menyesal sebab tak usung anak-anak ke kitaran yang sama dengan apa yang telah saya lalui. 
'Hidup anak-anak hanya tahu perkataan khidmat, sedekah, infaq, zakat dan wakaf'

Dan ayat ini, bagai peringatan berulang supaya kami terus tanam benda ni pada anak-anak tak kira di level mana pun kewangan mereka kelak. Hutang jangan sesekali... 

Kalau boleh, tak mahu lagi dah ulang kitaran yang seperti di bawah : 

+ Nak belajar - ambil hutang
+ Nak kerja, perlu kereta - beli secara hutang
+ Nak kahwin, untuk majlis - hutang
+ Dah kahwin, perlu rumah - beli hutang
+ Bila dah mula hidup, rasa tak cukup nak tampung perbelanjaan hidup, nak buat bisnes - hutang
+ Even nak beli phone, alatan dapur, perabot DLL - ambil dulu bayar kemudian- hutang

Mungkin ini terkecuali untuk orang yang pandai manage, yang meskipun berhutang tapi boleh bayar dengan baik... Untuk anda yang begini, tak apa. Saya kagum dengan pandainya kalian atur kewangan begitu. Alhamdulillah, tumpang bahagia kalian... 

Tapi untuk yang dah melalui kesilapan seperti saya, memang saya galakkan sangat anak muda supaya keluar dari kitaran ini. 

Ebook ini, sangat membuka minda. Bila anda buka minda anda, lapangkan juga jiwa untuk mula berubah. Tiada faedahnya membaca jika masih mahu amal kebiasaan lama. 
 
Ulasan Norhafizah Madzlan




Selesai baca e-book Hidup Tenang Tanpa Hutang ini, ada beberapa perkara yang membuka mata. Paling tidak, memberi perspektif baharu dalam pengurusan kewangan dan hutang.

Kadang-kadang kita fikir nak mula bisnes, kena ada modal banyak. Tidak semestinya. Boleh mula dengan seberapa banyak modal yang ada di tangan. Boleh mula kecil-kecilan.

Anak nak sambung belajar, kena buat pinjaman pendidikan. Sebenarnya boleh juga diuruskan tanpa hutang jika ibu bapa celik kewangan. 

Bersara tenang; penulis berkongsi pula 8 matlamat. Antaranya dengan menguruskan aliran tunai harian, mingguan dan tahunan, menentukan pendapatan aktif dan pasif termasuk kemahiran menjana duit dengan pantas. 

Jika mempunyai beberapa jenis pinjaman dengan bank atau agensi, boleh dapatkan rundingan AKPK untuk mudahkan urusan pembayaran balik. Ada panduan ringkas berkaitan penyediaan dokumen dan prosedur mendapatkan khidmat AKPK dalam e-book ini.

Paling suka baca, cara orang lama urus wang. 

Usahakan tanah, buat rumah secara berperingkat, simpan emas berdikit-dikit, pajak atau gadai apabila perlu.

Apapun, yang paling penting, strategi lupus hutang haruslah:

1. Meletakkan mati sebagai peringatan atau matlamat utama.
2. Cuba hidup sederhana.
3. Ubah gaya hidup.

Bagi yang mahu melibatkan diri dalam bidang hartanah, ada panduan berkenaan pinjaman atau tunai untuk membeli/membina rumah serta jenis-jenis hartanah yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan dan meningkatkan simpanan.

Ada pelbagai cara untuk selesaikan hutang yang ada. Boleh ikut dan gunakan cara yang mana sesuai dengan situasi dan kemampuan masing-masing. 

Baca naskhah ini untuk dapatkan gambaran lalu merancang kewangan dengan bijak supaya tidak terperangkap dalam bebanan hutang terlalu lama.

Ulasan: Hifzaila Hafni

                                                        


EBOOK BONUS!


SURIRUMAH ZERO HUTANG

BAB 1: GAYA HIDUP
BAB 2: ICU KEWANGAN
BAB 3: STRATEGI URUS HUTANG
BAB 4: PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
BAB 5: STRATEGI CAPAI BEBAS KEWANGAN







Tamatkan Segera Generasi Berhutang

Ulasan ebook oleh Norhafizah Madzlan  'Kita mahu tamatkan segera generasi berhutang' Itu ayat pertama yang zuqqqq tertusuk ke hati d...