Thursday, August 1, 2024

Tamatkan Segera Generasi Berhutang

Ulasan ebook oleh Norhafizah Madzlan 


'Kita mahu tamatkan segera generasi berhutang'


Itu ayat pertama yang zuqqqq tertusuk ke hati di awal ebook ini. Kenapa? 


Sebab saya sendiri tak menyesal sebab tak usung anak-anak ke kitaran yang sama dengan apa yang telah saya lalui. 


'Hidup anak-anak hanya tahu perkataan khidmat, sedekah, infaq, zakat dan wakaf'


Dan ayat ini, bagai peringatan berulang supaya kami terus tanam benda ni pada anak-anak tak kira di level mana pun kewangan mereka kelak. Hutang jangan sesekali... 


Kalau boleh, tak mahu lagi dah ulang kitaran yang seperti di bawah : 


+ Nak belajar - ambil hutang

+ Nak kerja, perlu kereta - beli secara hutang

+ Nak kahwin, untuk majlis - hutang

+ Dah kahwin, perlu rumah - beli hutang

+ Bila dah mula hidup, rasa tak cukup nak tampung perbelanjaan hidup, nak buat bisnes - hutang

+ Even nak beli phone, alatan dapur, perabot DLL - ambil dulu bayar kemudian- hutang


Mungkin ini terkecuali untuk orang yang pandai manage, yang meskipun berhutang tapi boleh bayar dengan baik... Untuk anda yang begini, tak apa. Saya kagum dengan pandainya kalian atur kewangan begitu. Alhamdulillah, tumpang bahagia kalian... 


Tapi untuk yang dah melalui kesilapan seperti saya, memang saya galakkan sangat anak muda supaya keluar dari kitaran ini. 


Ebook ini, sangat membuka minda. Bila anda buka minda anda, lapangkan juga jiwa untuk mula berubah. Tiada faedahnya membaca jika masih mahu amal kebiasaan lama. 

"Surround yourself with people who challenge you, teach you, anda push you to be best self."

-Bill Gates-


Satu lagi ulasan pembaca oleh Sakinah Yahya.


Mustahil hidup zaman sekarang jika tak berhutang, betul tak? Semuanya perlukan duit, pitih, fulus, riyal yang besar jumlahnya. 


Peluang sambung belajar, beli rumah, beli kereta, beli alatan rumah, berumah tangga semua nampak cerah dengan berhutang.


Semua telah dipermudahkan dengan sebuah keistimewaan dinamakan hutang. Namun, hutang demi hutang, akhirnya hidup rasa terbeban. Inilah sistem masakini dan kaki kita terikat dan jasad, malah akal kita terperangkap dengan sistem berhutang.


Niat penulis ebook iaitu Puan Masayu Ahmad  , tidak lain, tidak bukan, adalah untuk menghapuskan generasi berhutang.


Dalam bab pertama, penulis membawa kita menelusuri kehidupan generasi terdahulu yang tidak terpalit dengan raksasa hutang yang membawa bankrupsi. Walaupun tidak sampai ke menara gading sekalipun, namun mereka berjaya membeli sebidang atau berbidang tanah buat bekal, temat berlindung keturunannya.


Bezanya kita dan mereka dahulu, ada disebutkan di dalam ebook ini. Diceritakan rahsia bagaimana sudut kewangan mereka itu berjaya. Natijahnya, hidup mereka tenang. Tenang tanpa hutang!


Dikongsikan secara bersahaja


dan santai, pelbagai tips supaya kita bebas hutang. Semuanya praktikal dan sangat 'doable'. 


Tipsnya dalam Bahagian Kedua pula menjurus kepada praktikaliti mengurus hutang dengan rumah sebagai alatnya. Cara-cara yang dikongsikan secara jelas dan dapat menjana wang sekaligus membebaskan kita dari hutang.


 Antara yang menarik hati adalah  alternatif pemilikan rumah kebun! Wow, tidak terlintas sebab boleh bebas hutang dengan pendekatan berumah kebun. 


Secara personalnya, penulisan yang tersusun dan padat.Langkah demi langkah yang mudah difahami.


 Ebook ini akan dapat bertindak sebagai 'pengurus', 'rakan penasihat' malah 'bodyguard' dalam agenda melupuskan hutang kita semua. Jom, tenang Dan bebas hutang bersama-sama! Bismillahirahmanirrahim!



Ebook: Tenang Tanpa Hutang.

Ulasan oleh: Norhafizah Madzlan.

No comments:

Post a Comment

Tamatkan Segera Generasi Berhutang

Ulasan ebook oleh Norhafizah Madzlan  'Kita mahu tamatkan segera generasi berhutang' Itu ayat pertama yang zuqqqq tertusuk ke hati d...